Monday 7 December 2009

KAMEN RIDER DOUBLE ( W )





NAMA : SHOTARO HIDARI & PHILLIP

NAMA KAMEN RIDER : KAMEN RIDER DOUBLE, W

JUMLAH EPISOD : MASIH DITERUSKAN

MUSUH : DOPANT

Siri Kamen Rider selepas KR Decade. Double merupakan KR hasil gabungan memori diantara Shotaro Hidari & Phillip. Shotaro merupakan hos & Philip mengawal pemikiran. Siri ini bermotifkan Gaia Memory iaitu USB Device untuk membolehkan mereka bertukar. Dopant, musuh mereka juga menggunakan Gaia Mmeory untuk bertukar. Siri KR Double juga mempunyai kaitan yang rapat dengan KR Decade.

Monday 27 July 2009


Kemunculan Heisei Kamen Riders pada tahun 2000- 2009 merupakan petanda bahawa Kamen Rider Franchise masih lg diminati terutama di Indonesia, Mexico, Sepanyol & Brazil...


Sunday 24 May 2009

KR

Lame xpost kat sini, dekat sebulan lebih...Sebab nak kumpul bahan2 mengenai Kamen Rider~!

Sunday 5 April 2009

KAMEN RIDER DECADE (2009)





NAMA : TSUKASA KADOYA

NAMA KAMEN RIDER : DECADE

JUMLAH EPISOD : 31

MUSUH : KESEMUA MUSUH KR DARI SIRI2 YG LEPAS

Kamen Rider Decade bermula selepas siri Kamen Rider Kiva tamat. Siri ini bersempena Ulangtahun Ke 10 Heisei Kamen Rider. Siri ini mengisahkan seorang jurugambar Tsukasa Kadoya mengembara ke 9 dunia Kamen Rider dari siri2 yg lepas. Dalam siri KR Decade ini juga menampilkan kesemua Kamen Rider bermula Kuuga - Kiva. Siri ini sangat menarik kerana menggunakan skala yg besar & menampilkan kesemua watak dalam siri yg lepas tetapi mendapat kritikan drpd peminat2 kerana pelakon yg melakonkan KR2 adalah pelakon yg berlainan, bukan pelakon yg asal. Siri ini masih lagi dalam tayangan di Jepun.

Thursday 2 April 2009

KAMEN RIDER KIVA (2008)


NAMA HOS : WATARU KURENAI
NAMA KAMEN RIDER : KIVA
JUMLAH EPISOD : 48
MUSUH : FANGIRE

Siri Kamen Rider Kiva muncul selepas siri KR Den-o tamat. Siri ini memang unik kerana bermotifkan vampire & seram. Di dalam siri ini juga berlatarbelangkan tahun 2008 & 1986 yg berkait rapat di antara satu sama lain. Kamen Rider Kiva juga membuat kemunculan dalam filem Kamen Rider Den-o & Kiva : Climax Deka pada tahun 2008.

KAMEN RIDER DEN-O (2007)


NAMA HOS : RYOTAROU NOGAMI

NAMA KAMEN RIDER : DEN-O

JUMLAH EPISOD : 49

MUSUH : IMAGIN


Kamen Rider heisei di teruskan lagi dengan Kamen Rider Den-o. Siri ini merupakan siri KR paling popular & setakat ini 4 filem KR ini dihasilkan. Kamen Rider ini bermotifkan keretapi & mempunyai unsur2 komedi & berjaya menarik begitu ramai penonton di Jepun & seluruh dunia. Siri ini antara siri paling berjaya selepas Kabuto, Faiz & Agito.

KAMEN RIDER KABUTO (2006)


NAMA HOS : SOUJI TENDOU

NAMA KAMEN RIDER : KABUTO

JUMLAH EPISOD : 49

MUSUH : WORMS/NATIVES


Membuat kemunculan selepas tamat siri Kamen Rider Hibiki pada tahun 2006. Siri ini berjaya mengembalikan format original Kamen Rider dengan menampilkan 'Rider Kick' yg merupakan tema Kamen Rider sejak dahulu lagi. Siri ini antara siri Kamen Rider paling popular kerana watak Souji Tendou di minati ramai, watak Kamen Rider di dalam siri ini mempunyai rekaan yg menarik & berteknologi tinggi serta bermotifkan serangga. Kabuto bermotifkan serangga kumbang. Kostum watak2 di dalam siri ini sangat bagus & jalan cerita yg baik menarik ramai orang & peminat setia Kamen Rider kembali menonton Kamen Rider Kabuto ini.